Ekonomi

Resintech peroleh 30% kepentingan dalam Bionutricia bernilai RM8.7 juta

Resintech Berhad, sebuah penyedia berintegrasi penuh bagi produk polietilena dan polivinil klorida tanpa plastik (uPVC), mengumumkan tentang penandatanganan Memorandum Persefahaman (“MoU”) bagi memperoleh kepentingan saham sebanyak 30% dalam Bionutricia Holding Sdn. Bhd. (“Bionutricia”) daripada pemegang saham utama yang berjumlah RM8.7 juta.

Bionutricia adalah firma bioteknologi yang ditubuhkan pada 2006 yang mengkhusus kepada pengeluaran dan  pengkomersialan ekstrak berasaskan tumbuhan dan buah-buahan dan fraksi aktif bagi herba tempatan melalui proses nano bioteknologi termaju. Produk Bionutricia termasuklah ekstrak tumbuhan herba dan berasaskan buah-buahan propietari yang standard, makanan tambahan, bahan-bahan masak, bahan-bahan nutraseutikal, produk penjagaan kesihatan dan bahan makanan fungsian. Kemudahannya telah disahkan GMP, HACCP, Halal JAKIM dan kosher.

Resintech mendapatkan pegangan daripada pemegang saham utama, Ng Kuak Ping dan Kong Siew Mee, yang masing-masing adalah Ketua Pegawai Eksekutif dan juga Pengurus Besar Bionutricia.

Pengarah Urusan Resintech, Datuk Dr. Teh Kim Poo berkata: “Peningkatan kesedaran dan pendidikan terhadap keselamatan makanan sejak kebelakangan ini bermakna orang ramai lebih berhati-hati ke atas pemprosesan makanan dan minuman yang mereka ambil. Proses pengekstrakan bioteknologi hijau Bionutricia adalah sesuai untuk warna dan rasa dalam makanan dan minuman kerana bahan semulajadi yang digunakan.”

“Kemasukan kami ke bidang bioteknologi melalui perolehan pegangan sebanyak 30% dalam Bionutricia adalah pengkitirafan kepada peluang pertumbuhan berikutan peningkatan kesedaran pengguna dalam keselamatan makanan. Kami menjangka permintaan bagi pewarna dan perasa makanan yang lebih selamat dan semulajadi akan terus meningkat ekoran daripada pengguna yang menitikberatkan tentang keselamatan kesihatan dan makanan.

Ng berkata, “Kami tidak sabar untuk bekerjasama dengan Resintech yang menguntungkan kedua-dua pihak dan kami teruja untuk bekerjasama dengan mereka yang memberi peluang pertumbuhan bagi produk dan penyelesaian dalam industri makanan dan minuman. Bersama-sama, kami akan dapat mencari peluang lebih baik untuk memperbesarkan perniagaan.”

Resintech mencatat pendapatan sebanyak RM61.6 juta untuk sembilan bulan berakhir 31 Disember 2021 (“9MFYE22”), iaitu peningkatan sebanyak 13.2% berbanding RM54.4 juta dalam tempoh sama bagi 9MFYE21. Syarikat ini mencatat keuntungan sebelum cukai sebanyak RM5.0 juta bagi 9MFYE22, penurunan sebanyak 7.4% berbanding RM5.4 juta manakala terdapat penurunan 15.8% bagi keuntungan selepas cukai sebanyak RM3.2 juta berbanding RM3.8 juta dalam tempoh yang sama sebelum itu yang sebab utamanya adalah sekatan pergerakan dan gangguan kepada operasi perniagaan.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button