Hiburan
Remy Ishak terima gelaran Datuk lepas bawa watak Hang Tuah di pentas teater
PELAKON Remy Ishak menerima Darjah Pengkuan Seri Melaka (D.P.S.M) yang membawa gelaran Datuk.
Menurut sumber gelaran itu diterima selepas membawa watak Hang Tuah di pentas Teater Muzikal Hikayat Hang Tuah di Encord Melaka sekitar July lalu.
Setelah dua dekad berkecimpung dalam dunia lakonan Remy atau nama sebenarnya, Mohammad Zalimei Ishak, 42, berkata, penganugerahan tersebut adalah rezeki.
Remy berterima kasih kepada Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Ali Rustam dan Kerajaan Negeri Melaka atas penganugerahan tersebut sempena dengan ulang tahun kelahiran TYT Tun.
Dalam pada itu pelakon Ashraf muslim juga menerima Bintang Khidmat Terpuji (B.K.T).