Mahkamah

Remaja Rohingya paksa adik minta sedekah dihukum penjara

SUDAHLAH paksa adik kandung minta sedekah, malah menyeksa mereka apabila enggan berbuat demikian.

Demikian tindakan seorang remaja warga Rohingya yang dikenakan penjara 10 bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Menurut laporan portal Free Malaysia Today (FMT), remaja berusia 18 tahun itu dikatakan mendera tiga adiknya pada tahun lalu.

Bagaimanapun, remaja sarat mengandung itu mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan yang dibacakan kepadanya.

Dia dikatakan memukul adik lelakinya masing-masing berusia 6, 10 dan 11 tahun dengan maksud hendak mendera di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada 10 pagi 3 Disember kerana enggan minta sedekah.

BACA > Rakyat perlu bersedia dengan ‘Beg Kecemasan Khas’ – Raja Muda Perlis — Suara Merdeka

Berdasarkan pertuduhan tersebut, remaja pemegang kad Suruhanjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UHCR) itu dituduh di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Tertuduh boleh dikenakan denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya sekali.

Sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman, Timbalan Pendakwa Raya, Afiq Nazrin Zaharinan memohon hukuman berat dikenakan.

Hal demikian remaja berkenaan mendera adik kandung sendiri untuk meminta sedekah.

BACA > Jangan cuba bolosi sempadan negara — Suara Merdeka

Namun, remaja tidak diwakili peguam itu memohon hukuman ringan atas alasan tidak mampu membayar denda dan sedang mengandung lapan bulan.

Terdahulu, sekumpulan 260 pendatang asing tanpa izin (PATI) etnik Rohingya tiba secara haram di jeti Teluk Ewa, Pulau Langkawi.

Mereka tiba ketika kerajaan mengetatkan kawalan dengan menutup semua pintu sempadan bagi mengawal penularan wabak Koronavirus (Covid-19).

Bagaimanapun, kerajaan baru-baru menegaskan kesemua warga asing dan PATI perlu dihantar pulang ke negara masing-masing dengan segera.

BACA > Tukang gunting rambut warga asing sah positif Covid-19 — Suara Merdeka

Sementara dalam media sosial, rata-rata netizen enggan menerima kedatangan warga Rohingya dan menyifatkan mereka lari dari kem pelarian yang disediakan di Bangladesh. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button