BanjirNasional

Remaja korban kedua banjir di Kelantan

SELEPAS seorang warga emas lelaki berusia 70 tahun menjadi korban pertama banjir mengejut bulan Februari  di Kelantan, malam tadi seorang remaja lelaki berusia 13 tahun menjadi korban kedua.

Mangsa pertama ditemukan lemas di Kampung Kuala Gris dekat Dabong, Kuala Krai pada pukul 7 malam tadi manakala mayat remaja yang lemas ditemukan di Kampung Talang dekat Kadok.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, Mohamad Fazli Tamri merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Kiat.

Muhamad Zaki berkata, mangsa dipercayai sedang menunggang basikal bersama rakannya sebelum tergelincir dan terjatuh ke dalam tali air di lokasi kejadian pada pukul 6.20 petang semalam.

“Rakannya cuba menyelamatkan mangsa. Bagaimanapun usaha rakan mangsa gagal lalu memanggil penduduk kampung berdekatan kejadian bagi meminta pertolongan,” katanya.

Katanya lagi, operasi mencari berjaya menemukan mangsa kira-kira 50 meter dari tempat dia terjatuh.

Muhamad Zaki berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk bedah siasat dan tindakan selanjutnya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button