Rencah Hidup

Remaja jadi gelandangan selepas ibu bapa meninggal akibat Covid

SEORANG remaja berusia 12 tahun di Klang, Selangor menjadi gelandangan selepas ibu bapanya meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19.

Nasib malang yang menimpa remaja itu hanya diketahui selepas ditemui pendakwah bebas Ebit Lew yang menyantuni golongan gelandangan untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan di sekitar Bukit Raja Klang.

Remaja itu dikatakan mula menjadi gelandangan sejak Januari tahun ini.

“Sayu sebak rasa bila terjumpa seorang adik umur 12 tahun di Bukit Raja Klang tidur dijalanan. Kecil lagi dah jadi gelandangan. Mak ayahnya baru meninggal Januari baru ini kerana positif covid,” kata Ebit.

Menurut beliau, remaja lelaki itu kini hidup tanpa arah tujuan. Dia dikatakan terpaksa menjadi gelandangan kerana tidak mempunyai saudara mara untuk meminta bantuan.

Ebit berkata, remaja itu hanya menangis apabila ditanya mengenai keluarganya.

“Berat ujianmu duhai anak. Pasti ada hikmah disebalik semuanya. Saya terus bergegas cari adik ni. Dari jauh tengok adik ni terus rasa nak menangis sebab baik dan beradab sangat. Fikir macam manalah hidup merata begini. Bila tanya mak ayah je terus adik ni menangis.

“Allahuakbar. Saya sampai tadi terus adik cium tangan. Tiada telefon tangan. Tak kenal saya. Wajah bersih je jernih.

“Saya dah tiada sesiapa lagi ustaz. Eh, jangan cakap macam tu adik. Saya dan semua yang ada sini macam keluarga adik ye,” kata Ebit.

Walaupun hidup gelandangan remaja berkenaan masih menunaikan ibadah puasa. Makanan untuk bersahur dan berbuka diperolehi daripada pemberian orang ramai yang berada di sekitar kawasan lokasi dia menjadi gelandangan.

Ebit berkata, dia telah pun membawa remaja lelaki itu ke balai polis untuk membuat laporan.

Foto: FB Ebit Lew

Malah dia sempat membawa remaja gelandangan itu ke sebuah pasar raya untuk membeli barangan keperluan.

Remaja berkenaan juga telah ditempatkan di sebuah sekolah madrasah atas kerelaan sendiri.

“Saya tanya adik nak masuk sekolah madrasah. Nak ustaz. Nak jumpa mak ayah dalam syurga. Terus makin sedih,saya pun rindu mak. Rindu ayah. Kami solat sama-sama dan terus hantar adik ni masuk madrasah.

“Walau sekejap terasa rapat dan seperti keluarga. Adik jaga diri ya. Saya doa adik jadi anak soleh berjaya cemerlang.

“”Nanti kita jumpa lagi. Tak berhenti cakap terima kasih. Best seronok dapat masuk belajar sini,” kata Ebit.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button