Nasional

Yayasan Tuanku Syed Putra transformasi Kampung Seberang Ramai

Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis berkolaborasi dengan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dalam menjayakan pelaksanaan ‘Program Transformasi Kampung Seberang Ramai Kuala Perlis’ dengan kerjasama Kerajaan Negeri, pelbagai agensi negeri serta Persekutuan, pihak swasta dan masyarakat setempat. Projek tersebut kini telah selesai untuk 5 lorong pilihan fasa pertamanya melibatkan 186 buah rumah pada 31 Mac 2021 yang lalu. Kerja-kerja mengecat untuk fasa keduanya dijangka akan dilaksanakan pada sepanjang bulan Jun yang akan datang nanti meliputi lebih daripada 50 buah lagi rumah dan kedai.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat diiringi Pengarah Kanan Domestik dan Acara Tourism Malaysia, Datuk Dr Ammar Abd Ghapar
melawat beberapa lokasi strategik di ‘Kampung Pelangi berwarna-warni di Seberang Ramai Kuala Perlis.

Hadir sama ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pendidikan Malaysia Datuk Kamel Mohamad, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor dan Pengarah SWCorp Negeri, Shamsuharizal Basir.

Ammar berada di Perlis atas undangan Tuanku Syed Faizuddin Putra bagi meninjau sendiri Kampung Seberang Ramai ini disamping mengenalpasti produk-produk pelancongan baru lain yang terdapat di negeri ini seperti Superfruits Valley di Chuping yang boleh dipromosikan sebagai persediaan untuk menerima pengunjung apabila status semasa wabak Covid-19 bertambah baik kelak.

Pada masa yang sama, Tuanku Raja Muda menitahkan bahawa Yayasan Tuanku Syed Putra Perlis juga telah turut menjayakan pelaksanaan ‘Program Transformasi Komuniti’ dengan mengecat bangunan kedai-kedai berwarna kuning di Pekan Lama Arau iaitu di kawasan perniagaan bersebelahan dengan Masjid Negeri juga dengan kerjasama pihak MAIPs dan Majlis Perbandaran Kangar. Kerja-kerja untuk fasa pertama telahpun 90% siap. Buat masa ini semakan tindakan sedang dilaksanakan untuk mendapatkan ‘engagement’ bersama komuniti bagi fasa ke dua yang dirancang siap sepenuhnya sebelum penghujung bulan Jun yang akan datang untuk memperindahkan lagi Bandar DiRaja tersebut.

(Visited 665 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button