Berita

Remaja 14 tahun menyamar pegawai perubatan rupanya nak bantu bedah

REMAJA perempuan berusia 14 tahun yang ditahan oleh pihak polis semalam menyamar sebagai pegawai perubatan di Hospital Sultan Idris Shah (HSIS) Serdang semalam rupanya mahu bantu pembedahan.

Suspek yang tiba di Mahkamah Majistret pagi tadi dengan berpakaian lokap warna oren serta diiringi anggota polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan serta Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menceroboh dan menyamar sebagai penjawat awam.

Menurut Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, remaja itu ditahan di lobi HSIS semalam.

Turut merampas sehelai baju scrub, seluar scrub dan lanyard hak milik hospital yang digunakan oleh remaja berkenaan.

Siasatan awal mendapati suspek telah menceroboh dewan bedah hospital dan mengaku sebagai pegawai perubatan serta mahu membantu menjalankan pembedahan.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu kenyataan, berkata pihaknya mengambil maklum kes berkenaan dan memberi kerjasama penuh bagi membantu siasatan polis.

Artikle Berkaitan :>

Hospital Cyberjaya hospital awam beroperasi sebagai Hospital Pakar Major

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button