Nasional

Rasuah RM106b, CEO syarikat konsesi lebuh raya ditahan SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan lapan individu termasuk seorang ketua pegawai eksekutif syarikat konsesi lebuh raya bergelar Datuk, disyaki terlibat rasuah bernilai lebih RM1.6 bilion.
Memetik BERNAMA, sumber itu berkata kesemua suspek terdiri daripada tujuh lelaki dan seorang wanita berusia sekitar 40-an hingga 50-an itu, ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya, semalam.
“Tiga daripada suspek yang berkhidmat di syarikat konsesi lebuh raya, disyaki meminta dan menerima rasuah bernilai lebih RM1 bilion daripada lima pemilik syarikat, sebagai balasan mendapatkan kontrak mengambil alih kerja pembinaan yang sebelum ini dijalankan sebuah syarikat lain.
“Selain itu, mereka juga dipercayai telah meminta dan menerima rasuah membabitkan pembinaan satu seksyen projek lebuh raya lain di Lembah Klang yang bernilai lebih kurang RM670 juta. Keseluruhan nilai kedua-dua projek ialah RM 11 bilion,” kata sumber itu.
Menurut sumber, ketua pegawai eksekutif itu bersama dua pengurusan tertinggi syarikat berkenaan direman selama empat hari sehingga 28 Jun.
Manakala lima pemilik syarikat pula direman selama tiga hari sehingga 27 Jun ini mengikut permohonan SPRM. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button