Nasionalpilihan

Rasuah kontrak RM60 juta di kementerian, pengurus syarikat ditahan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pengurus syarikat kerana disyaki terlibat dalam kegiatan rasuah bagi mendapatkan kontrak bernilai RM60 juta di sebuah kementerian

Perintah reman selama empat hari bermula hari ini sehingga 27 Jun depan itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Roslizawati Mohd Zanin di di Mahkamah Majistret Putrajaya selepas SPRM membuat permohonan tersebut pagi ini.

Menurut sumber, suspek dipercayai telah bersekongkol dengan penolong setiausaha bahagian tersebut bagi memonopoli projek-projek bernilai RM60 juta di kementerian terbabit sejak tahun 2018.

Katanya, sindiket tersebut dipercayai telah membolot kira-kira 16 projek yang melibatkan 11 kali pembayaran rasuah.

Difahamkan, suspek lelaki berusia 43 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM kira-kira pada jam 12 malam semalam selepas hadir memberikan keterangan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button