Nasional

Rangka yang ditemukan di Jalan Yong Peng disahkan milik Hafiz

RANGKA manusia yang ditemukan dalam semak di kebun durian berhampiran Kompleks Penghulu Mukim Linau, di Jalan Yong Peng, Batu Pahat pada 24 Jun lalu disahkan sebagai, milik remaja yang dilaporkan hilang pada 26 Mei.
Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat Supritendan Shahrulanuar Mushaddat Abdullah berkata, rangka terbabit disahkan milik Hafiz Fauzan Abdul Halid, 16, berdasarkan keputusan analisa DNA oleh Jabatan Kimia Malaysia Negeri Johor, semalam.
Katanya, melalui profil DNA diperolehi daripada spesimen darah mendapati kebarangkalian keibubapaan dengan rangka manusia yang ditemukan ialah 99.99 peratus.
“Identiti rangka manusia tersebut ialah Hafiz Fauzan Abdul Halid, lelaki Melayu, berumur 16 tahun, pelajar tingkatan lima dan beralamat di Bandar Putera Indah Batu Pahat Johor, merupakan mangsa orang hilang yang dilaporkan sejak 26 Mei,” katanya dalam satu kenyataan.
Sementara itu, bapanya Abd Halid Sugiman, 44, ketika dihubungi BERNAMA, menyatakan rasa bersyukur setelah menerima pengesahan keputusan DNA tersebut, selepas hampir sebulan mencari anak ketiganya itu.
“Jenazah akan dituntut pada pagi esok (5 Jul) dan akan dikebumikan pada hari yang sama di Tanah Perkuburan Islam Batu 7, Tongkang Pechah,” katanya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button