Jenayah

Rangka manusia serta kain pelikat ditemui loji kumbahan

RANGKA Manusia termasuk terkorak beserta kain pelikat ditemukan dalam loji kumbahan Taman Seri Penawar Bandar Penawar.

Memetik dari BH, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman, berkata pihaknya menerima satu laporan, kelmarin, berhubung penemuan objek menyerupai tulang manusia, oleh kontraktor yang menjalankan kerja-kerja pembersihan di lokasi terbabit.

Susulan itu, beliau berkata, pihaknya bersama Unit Forensik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, bergegas ke lokasi.

“Hasil pemeriksaan dijalankan telah menjumpai kain pelikat tersangkut pada mesin kisar tapis sampah.

“Pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Penawar membantu mengeluarkan rangka serta tulang yang ditemui tersangkut di tengah-tengah mesin kisar tapis sampah itu.

“Hasil pemeriksaan menyeluruh di lokasi kejadian, pihak polis berjaya menjumpai satu tengkorak, tujuh ketul tulang panjang, sepasang tulang pinggul dan segumpal rambut,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Yusof berkata, spesimen tulang berkenaan kemudian dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultanah Aminah (HSA), untuk bedah siasat.

Buat masa ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sehingga keputusan bedah siasat diperoleh nanti.

Orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Asnalisz Zainal melalui talian 016-444 6871 atau bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi (07-883 7222),” katanya.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button