Politik

Ramli Orang Asli pertama anggota MKT UMNO

Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk Dr Ramli Mohd Nor menjadi wakilt Orang Asli pertama yang dilantik menganggotai ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ia membuktikan parti itu menghargai dan memperjuangkan kepentingan semua rakyat Malaysia.

“Malam ini merupakan detik bersejarah apabila beliau (Ramli) menjadi Orang Asli pertama yang menjadi ahli MKT UMNO.

“UMNO akan terus komited untuk memperjuangkan suara dan hak-hak masyarakat Orang Asli dan memberi peluang kepada mereka untuk bersama-sama memacu kegemilangan dalam landskap politik negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Ramli sebelum ini menjadi Orang Asli pertama dilantik sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat.

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button