Nasional

Ramai sokong Neelofa dipenjarakan

SATU petisyen online telah dilancarkan sejak dua hari lalu dengan tajuk ‘Langgar SOP: Penjarakan Neelofa Segera’.

Sehingga pagi ini  sebanyak 56,815 orang telah menandatanginya tanda mereka bersetuju agar Neelofa dikenakan hukuman penjara ekoran sudah beberapa kali melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Petisyen itu dibuat di laman change.org.

Petisyen itu menyasarkan untuk mendapatkan 75,000 tanda tangan daripada orang ramai bagi mengenakan tindakan undang-undang terhadap Neelofa.

Mereka yang menandatangan petisyen itu berkata, terpaksa berbuat demikian demi menghentikan tindakannya.


Mereka juga sudah penat dengan perbuatan Neelofa yang sering mencetuskan kontroversi melanggar SOP.

Malah ada yang berkata, tindakan pilih kasih daripada pihak atasan menyebabkan rakyat berasa meluat serta kecewa.

“Orang miskin diambil tindakan, selebriti bebas mempermainkan undang-undang,” luah seorang penandatangan.

Neelofa dan suaminya, Muhammad Haris Mohd. Ismail mengaku tidak bersalah di mahkamah majistret Seremban semalam atas tiga pertuduhan gagal mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sebuah premis menjual permaidani di Nilai 3 pada 2 Mei lalu.  -SM

 

(Visited 358 times, 1 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button