Pendidikan

Ramai pelajar lepasan SPM pilih jadi ‘Influencer’

RAMAI anak-anak muda terutama pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berlumba-lumba untuk menjadi pempengaruh media sosial berbanding menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Namun bagi YEG Academy ia hanya dilihat sebagai trend semasa dan mereka tetap mengambil tanggungjawab menyediakan program Work-Based Learning (WBL), sebuah platform inovasi kerjaya dan pendidikan bagi membantu golongan muda memilih bidang pengajian yang sesuai dengan pasaran kerjaya kini.

MAJLIS
PELANCARAN PROGRAM WORK-BASED
LEARNING YEG SERTA YEG PESTA SAMBUNG
BELAJAR

Program ini bertujuan untuk memberikan peluang kepada lepasan SPM mendapatkan pendidikan berkualiti yang menyeluruh sambil merasai pengalaman praktikal dalam industri sebenar, melalui cara Pembelajaran Berasaskan Kerja (Work Based Learning).

Keunikan tentang bidang-bidang yang ditawarkan di sini adalah semuanya mempunyai ekosistem pembelajaran terbaik dan lengkap.

Bidang-bidang ini telah dipilih untuk diperkenalkan kepada golongan muda selepas ia dipastikan mempunyai pasaran kerjaya yang tinggi.

Selain itu, silibus-silibus yang dipertengahkan oleh setiap bidang ini adalah terkini dan selari dengan Dasar Ekonomi Digital.

Lebih menarik lagi, penglibatan pakar industri dalam setiap bidang yang ditawarkan oleh YEG Academy adalah suatu perbezaan yang mampu memberikan gambaran masa depan yang lebih dipercayai oleh anak muda.

YEG Pesta Sambung Belajar pula merupakan satu platform inovatif yang menggabungkan pengajaran formal dan pengalaman belajar yang menyeronokkan. Program ini memberikan suasana pembelajaran dan pengalaman langsung serta pemahaman yang mendalam mengenai cabaran sebenar dalam bidang pilihan mereka.

Artikle Berkaitan :>

YEG Academy buka peluang graduan ceburi bidang diminati

Usia tidak menghalang untuk teruskan belajar Diploma Pengurusan Haji dan Umrah

Erra Fazira antara 650 pelajar baharu mendaftar di POLIMAS

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button