Nasional

Rakyat ucap tahniah kepada PM-8

RAKYAT Malaysia menzahirkan ucapan tahniah menerusi pelbagai platform media sosial seperti Twitter dan Facebook.

Ucapan tersebut juga menandakan kelegaan mereka apabila kemelut politik negara menemui titik noktah selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong hari ini.

As Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah memberi perkenan kepada Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) selepas menerima representasi yang dipersembahkan kepada baginda.

Berdasarkan representasi itu, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh itu diyakini mendapat sokongan cukup daripada Ahli Dewan Rakyat.

NAJIB TUN RAZAK

Antara yang mengucapkan tahniah adalah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Tahniah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang diumumkan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-8.

“Selamat berkhidmat,” katanya menerusi status yang dimuat naik dalam akaun Facebooknya hari ini.

[BACA ARTIKEL] Bersyukur: Muhyiddin mohon seluruh rakyat terima baik keputusan Agong — Suara Merdeka
[BACA ARTIKEL] Pengumuman Agong lantik Muhyiddin sebagai PM atasi krisis kepimpinan negara — Suara Merdeka

Turut menyampaikan ucapan sama, Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa yang turut menasihatkan supaya jangan ada riak dan takabur.

ANNUAR MUSA

“Kepada Allah kita bersyukur, ke hadapan DYMM YDPA, kita merafak sembah menjunjung kasih.

“Kepada semua rakan-rakan Ahli Parlimen yang bersolidariti secara padu kita berterima kasih, kepada rakyat yang sabar dan setia negara kita ucap penghargaan. Jangan ada riak atau takabur. Belalah rakyat dan negara,” ciap Annuar dalam Twitternya.

Sementara itu, rakyat Malaysia tidak melepaskan peluang mengucapkan tahniah kepada Muhyiddin dalam ruangan komen Facebooknya.

“Alhamdulillah,” ucap Mark Kamaruddin.

“Harap dapat pimpin negara ke arah yang lebih baik Tan Sri. Tahniah,” ucap Alvein Amirul.

“Semoga terbela nasib rakyat, semoga diberi kesihatan berpanjangan,” kata Noriah Dolmat.

“Tahniah TSMY. Allah memberi tanggungjawab yang besar,” komen Zulkfle Md Safar.

Ada yang kata #NotMyPM

Namun disebalik pengakhiran kemelut politik ini, sememangnya terdapat suara-suara tidak berpuas hati apabila Muhyiddin dipilih menggantikan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Trending di Twitter #notmypm, sebagai protes kepada pemilihan Presiden PPBM malah menyifatkan beliau sebagai pengkhianat negara.

Namun, rata-rata tidak berpuas hati dengan pemilihan YDP Agong adalah mereka yang bukan beragama Islam.

“Jelas mereka menunjukkan rakyat tiada kuasa atau hak untuk menentukan kerajaan. Ini adalah contoh.

“Rakyat undi siapa dan kini siapa pula yang menjadi Perdana Menteri ke-8. Terus buat rakyat bodoh,” kata Yuvahraj (@yuvah_raj199).

“Bila rakyat menolak kerajaan ‘pintu belakang’. Suara rakyat telah dirompak,” ciap Lalalisaaa @Lalalisaaa18.

“Demokrasi sudah mati,” ciap Badrul Hisham (@badrul1970).

“Ingat apa yang terjadi sepanjang tujuh hari. Rakyat Malaysia tidak mengundi untuk jadi macam ini,” ciap Desmond Ooi (@PronouncedAsOui).

Perhimpunan di Dataran Merdeka

Selain itu, terdapat beberapa individu berkumpul di Dataran Merdeka bagi menzahirkan rasa tidak puas hati.

Sekumpulan anak muda yang berkumpul di sana dipercayai memegang sepanduk kotak ditulis pelbagai perkataan kasar termasuk mencarut.

[BACA ARTIKEL] Hormati keputusan Agong – Hadi — Suara Merdeka
[BACA ARTIKEL] GPS tidak sokong Tun M kerana DAP — Suara Merdeka

ANTARA kata-kata dilempar peserta perhimpunan di Dataran Merdeka bagi membantah pemilihan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-8.

“We are fucked.”

“wE ARE TAKING BACK OUR DEMOKRASI #RAKYATBANGKIT.”

“GO AWAY RACIST, SEXIST, HOMOPHOBIC, KLEPTOCRATS.”

ANTARA kata-kata dilempar peserta perhimpunan di Dataran Merdeka bagi membantah pemilihan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-8.

“PENGKHIANAT RAKYAT, PENGKHIANAT NEGARA #NOTMYPM.”

[BACA ARTIKEL] Hang ingat hari ini sudah jadi kerajaan ke – Khalid — Suara Merdeka

Demikian antara kata-kata digunakan sekumpulan anak muda yang berkumpul di sana. – SM

ANTARA kata-kata dilempar peserta perhimpunan di Dataran Merdeka bagi membantah pemilihan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-8.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button