Rakyat Terengganu, Kedah kini boleh mendapatkan manfaat Skim Perubatan Madani Fasa 2
GOLONGAN B40 di Terengganu dan Kedah termasuk penerima Bantuan Tunai Rahmah (STR) kini boleh mendapatkan rawatan di klinik swasta berdaftar melalui Skim Perubatan Madani yang kini telah memasuki Fasa 2.
Inisiatif yang diperkenalkan kerajaan semasa pembentangan Bajet 2023 antara lain bertujuan untuk mengatasi isu kesesakan di hospital kerajaan.
Pelaksanaan Fasa 2 di dua negeri itu bermula minggu ini, melibatkan Kuala Terengganu dan Kuala Nerus di Terengganu serta Kota Setar dan Kuala Muda di Kedah.
Skim Perubatan Madani memperuntukkan RM250 untuk setiap isi rumah, RM125 untuk warga emas (tanpa pasangan), dan RM75 untuk individu bujang (RM75), di mana waris boleh terus menerima rawatan percuma sehingga peruntukan habis. -SM
Baca : Jelajah Perpaduan MADANI Pulau Pinang berakhir di Dataran Guar Perahu