Nasional

Rakyat sokong PKP2, darurat wabak

Prinsipal Aktivis Penggerak Berani Kerana Benar, Arjuna Putera Ali berkata, pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkenaan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan atau PKP 2 bagi tempoh 14 hari disambut baik oleh rakyat Malaysia keseluruhannya.

Hal ini lanjutan semua rakyat turut sama khuatir dan bimbang dengan peningkatan jumlah kes yang mendadak di Malaysia. Tambahan pula dengan kenyataan KKM yang menyatakan kes harian COVID-19 boleh cecah sehingga 8,000 kes sehari pada awal bulan Mac berdasarkan data analisis dan simulasi terkini

“Jika tiada apa-apa tindakan segera dan tegas yang dilakukan oleh pihak kerajaan, kemungkinan besar perkara ini akan melumpuhkan sektor kesihatan awam negara,” katanya.

Katanya, rakyat menyokong penuh akan keputusan yang dibuat oleh pucuk kepimpinan negara iaitu Perdana Menteri dalam usaha mengawal virus ini daripada terus merebak.

Walaubagaimanapun, katanya, rakyat berharap agar segala pengumuman yang berkaitan dengan tarikh lanjutan PKP, persekolahan, kewangan, dapat diumumkan secara terperinci dan bukan pada saat akhir.

Related Articles

Seterusnya, kata beliau, sebagai rakyat Malaysia juga turut menjunjung titah perintah dan tindakan bijaksana daripada Yang di-Pertuan Agong yang mengisytiharkan proklamasi darurat sehingga keadaan negara stabil dan diurus tadbir berdasarkan keputusan kolektif

“Pengisytiharan proklamasi darurat membolehkan perundangan atau polisi diluluskan tanpa terikat dengan peruntukan dalam Perlembagaan negara, khususnya dalam mengawal penularan COVID-19. Perkara ini akan memudahkan urusan pihak berwajib dalam menguruskan penularan COVID-19 tanpa perlu memikirkan masalah politik yang melanda negara.

” Sesungguhnya pada ketika ini, keadaan rakyat dan sosio-ekonomi yang harus diutamakan agar kestabilan dan keamanan negara sentiasa terjamin,” ujarnya yang juga mantan Ahli Dewan Tertinggi (ADT) Penaja PUTRA dan EXCO GKCM Pusat.

Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu, katanya, adalah payung negara bertepatan di atas prinsip Rukun Negara iaitu Kesetiaan kepada Raja dan Negara. Tidak bersetuju dengan titah perintah adalah sama hukumannya dengan menderhaka kepada Raja dan Negara.

“Saya juga menyeru agar mana-mana individu atau organisasi yg menderhaka di atas titah perintah YDPA dan MRRM ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan,” katanya.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button