Nasionalpilihan

Rakyat Malaysia kini rancak lakukan pengemaskinian PADU

JABATAN Perangkaan Malaysia (DOSM) mengenalpasti rakyat negara ini kini sedang rancak mengemaskini Pangkalan Data Utama (PADU) ekoran berbaki beberapa hari lagi sebelum 31 Mac.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, jumlah pengemaskinian PADU di kalangan rakyat ini ketara meningkat sejak memasuki bulan Ramadan.

Katanya, kebetulan pula bulan Ramadan ini adalah tarikh akan berakhir bagi pengemaskinian PADU.

Sehubungan itu Mohd Uzir memberi peringatan kepada mereka yang bersikap menunggu di saat akhir supaya jangan bertangguh lagi.

“Aliran trafik akan menjadi sesak jika menunggu dua tiga hari sebelum 31 Mac,” katanya kepada sidang media selepas melawat kaunter PADU di Masjid Al Masyhoor Padang Siding, Pauh, Perlis, petang semalam.

Hadir sama Pengarah Perangkaan Perlis, Hamka Ismail.

Mohd Uzir yang diiring Hamka bertanya sesuatu semasa melawat kaunter PADU di Masjid Al Masyhoor Padang Siding, Pauh, Perlis, petang semalam.

Mohd Uzir juga berpuas hati kerana 42.9 peratus rakyat Perlis telah melakukan pegemaskinian PADU sehingga 23 Mac.

“Tahniah kepada rakyat Perlis kerana hampir separuh dari 180,000 penduduk yang berusia 18 tahun ke atas telah berbuat demikian,” katanya.

Beliau juga berpuas hati dengan DOSM Perlis yang bekerja keras bagi memastikan pengemaskinian PADU berjalan lancar.

Katanya, bagi tempoh 2 Januari sehingga 23 Mac lalu secara kumulatifnya sebanyak 1,006 kaunter PADU telah dibuka di negeri Perlis secara fizikal.

“Ia melibatkan program bersama komuniti, Pusat Ekonomi Digital (PEDi), Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri, Pusat Komuniti Desa (PKD) dan “hotspot” di UTC, Bangunan Persekutuan Kangar, C-MART Arau, Giant Kangar, The Store dan lain-lain,” katanya.

Katanya, pembukaan kaunter bergerak di 101 buah masjid turut diadakan terutamanya pada setiap hari Jumaat. – SM

Artikel berkaitan > Tiada lanjutan tempoh daftar PADU – Rafizi

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button