Rakyat Hilang Kepercayaan Terhadap KWSP & Tak Mahu Dengar Sebarang Penjelasan Lagi
Media mendedahkan tiga bank Malaysia dinamakan sebagai antara ketua pemiutang tidak bercagar Genting Hong Kong.
Antara yang terlibat adalah Maybank yang dimiliki 47% PNB, 14% KWSP dan 5% KWAP, CIMB yang dimiliki 25% Khazanah, 15% KWSP, 10% PNB dan 15% KWSP, serta RHB yang dimiliki 42% KWSP, 7% KWSP dan 5% KWAP.
Setelah mengetahui isu yang tersirat di peringkat yang tertinggi, pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) antara yang mula menzahirkan rasa kebimbangan.
Seorang pengguna Facebook, Masing Dirang berpendapat pasti ada cara untuk mendapatkan hak sebagai pencarum.
“Rasanya kalau pencarum sudah hilang kepercayaan terhadap KWSP untuk uruskan dana persaraan, boleh difikirkan melalui legal action untuk pencarum withdraw semuan caruman.
“Sudah ada sebab kenapa pencarum risau sekarang ini,” tulisnya di ruangan komen Facebook Suara Merdeka.
Masing menulis demikian mengulas kerisauan orang ramai setelah mengetahui KWSP juga antara yang menyumbang kepada bank yang menjadi ketua pemiutang tidak bercagar Genting Hong Kong.