Hiburan

Rajin DIY, Aishah kini keluar produk sendiri

TIDAK hendak melakukan apa di rumah sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang membuatkan Aishah kini tampil dengan produk terbaharunya iaitu ‘face mask extender’.

Produk terbaharu khusus buat golongan wanita berhijab itu adalah kolaborasi dengan Nazrai Hijabpin.

Menurut Aishah, sewaktu PKP dilaksanakan, dia seperti paranoid dengan apa yang berlaku dan mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengatasi Covid-19.

“Sebagai seorang anak seni yang mencari makan dengan nyanyian, sememangnya saya kena menjaga kesihatan vokal.

“Sebab itu bila Covid-19 melanda, saya jadi paranoid sebab bila kena penyakit itu, boleh menganggu vokal kita.

BACA> Aishah turun berat badan 31 kilogram

“Kalau dah vokal pun terganggu, memang sukarlah nak cari makan. Itu yang saya banyakkan rehat di rumah sahaja,” katanya.

Jelas penyanyi lagu Janji Manismu itu, banyak masanya di rumah diisi dengan projek-projek ‘DIY’ kelengkapan mencegah Covid-19.

Antara yang dibuatnya sendiri termasuklah pelitup muka, face sheild dan juga face mask extender.

“Saya ni kalau ikutkan memang boleh digelar ratu ‘DIY’. Bahan pencuci tangan (hand sanitizer) pun saya buat sendiri.

“Itu yang sewaktu PKP, saya cuba buat face mask extender dan tak sangka pula benda itu mendapat sambutan golongan wanita bertudung,” jelasnya.

BACA> Miera Leyana kini bergelar isteri ahli perniagaan

Susulan itu juga menurut Aisyah, Pengurus Urusan Nazrai Hijabpin, Ahmad Nazli Zukifli telah berbincang untuk mengeluarkan face mask extender yang eksklusif untuk menyerlahkan elemen elegen pada si pemakai.

“Menerusi Nazrai Face Mask Extender ini, ada pelbagai jenis rekaan yang boleh dianggap sebagai barangan perkakasan buat wanita.

“Kerana dia ada kemasan berlian yang nampak cantik dan ekslusif,” jelasnya.

Mereka yang ingin melihat sendiri rekaan face mask extender oleh Nazrai boleh melayari laman Instagram Nazrai Hijabpin. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button