Nasional

Raja Puan Muda Perlis ucap Selamat Menyambut Hari Wanita

Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil menitahkan ucapan ‘Selamat Menyambut Hari Wanita’ dengan tema ‘Wanita Bangkit Mendepani Cabaran’.

Hari Wanita Sedunia diraikan pada setiap 8 Mac di seluruh dunia. Ia merupakan titik tumpuan dalam pergerakan hak asasi wanita.

Menurut baginda, tema Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Hari Wanita Sedunia tahun 2021 adalah “Wanita Dalam Kepimpinan: Menggapai Masa Depan Yang Setara Di Dalam Dunia Yang Berdepan Dengan COVID-19”.

‘Tema ini memberi fokus kepada impak yang diberikan oleh para wanita secara global menerusi khidmat mereka sama ada sebagai seorang pekerja kesihatan, pengasuh, inovator dan penganjur komuniti sepanjang berdepan dengan pandemik COVID-19’, jelas Tuanku Raja Puan Muda.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button