Negeri

Raja Puan Muda Perlis sempurnakan sesi pengambaran program ‘I Love Literacy’

Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat menyempurnakan sesi pengambaran program ‘I Love Literacy’ yang dianjurkan oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri Perlis dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan Seberang Ramai, Kuala Perlis. Program ini telah dirancangkan pada tahun 2020 dan telah tertangguh akibat peningkatan kes Novel Coronavirus (COVID-19).

Keberangkatan tiba baginda ke Green Screen Studio, Bahagian Sumber Teknologi Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri di Behor Pulai, Kangar, diiringi sama anakanda, Sharifah Khatreena Nuraniah serta Sharifah Farah Adriana dan disambut oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri, Naharudeen Othman.

Video khas ini akan ditayang kelak kepada semua pelajar sekolah rendah dari darjah 1-6 di setiap di antara 74 buah sekolah di negeri ini yang melibatkan seramai 24,063 orang murid. Bilangan guru yang terlibat pula adalah seramai 2,419 orang.

Pada kesempatan yang sama Tuanku Raja Puan Muda turut serta dalam menjayakan kempen bertajuk ‘Katakan Tidak Kepada Plastik Sekali Guna Dan Juga Polisterin’.

Dalam pada itu, esok ahad 28hb Mac 2021 baginda akan menyambut Hari Ulangtahun Keputeraan Yang Ke 51.

Related Articles

Didoakan kepada Tuanku Raja Puan Muda Perlis semoga baginda seisi keluarga sentiasa dipelihara dan dilimpahi Allah swt dengan kesihatan, kebahagiaan dan kesejahteraan hidup, dipanjangkan usia, dipermudahkan segala urusan serta dipermurahkan rezeki sepanjang masa.

Baginda dilahirkan pada 28hb Mac 1970 di Hospital Besar Kuala Lumpur dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Convent Bukit Nanas Kuala Lumpur serta Melbourne Girls Grammar School di Australia.

Tuanku Hajah Lailatul Shahreen berkelulusan Sarjana Muda dari La Trobe University, Melbourne, Australia dan memperolehi ijazah Sarjana dari Universiti Sains Malaysia (USM). Sekarang Tuanku Raja Puan Muda Perlis sedang melanjutkan lagi pelajaran di peringkat Kedoktoran PhD di Universiti Malaya.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button