Ekonomi

Raja Puan Muda Perlis berangkat lancar Tanda Cinta Florist Café

Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat menyempurnakan perasmian kedai ‘Tanda Cinta Florist Café’ yang beroperasi di No.35, Ground Floor, Jalan Kangar Jaya 1, Off Jalan Tuanku Syed Putra, Kangar baru-baru ini.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh pengusahanya Suzana Hamid.

Selepas majlis tersebut baginda mengulangi titah bahawa untuk melihat sesebuah negara itu membangun dari segi ekonomi, maka perlulah ia memperkasakan wanita supaya mampu berdikari dari segi ekonominya.

‘Alhamdulillah, negeri dan negara kita sedar akan hakikat serta kepentingan ini, maka pelbagai program yang berfokus kepada penjanaan pendapatan, peluang pekerjaan serta pemerkasaan ekonomi wanita telah dan sedang dilaksanakan’.

“Wanita adalah tiang negara. Jika baik wanita itu, maka akan baiklah sesebuah negara, dan begitulah sebaliknya”. Ini adalah petikan kata-kata Buya Hamka dalam bukunya yang bertajuk ’Bicara Tentang Wanita’, rujuk Tuanku Raja Puan Muda.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button