BanjirNasional

2 termasuk kanak-kanak lemas selepas redah air di padang bola

SEORANG kanak-kanak dan seorang lelaki dewasa dikhuatiri lemas selepas dipercayai dihanyutkan arus ketika mereka meredah air di kawasan padang bola berhampiran Bangunan UMNO di Mentakab, Temerloh, Pahang semalam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri, Ismail Abdul Ghani berkata, saksi memberitahu polis, seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak telah meredah air di kawasan tersebut sebelum dihanyutkan arus dan hilang.

Identiti mangsa masih belum dikenal pasti.

Menurut Ismail, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada pukul 3.15 petang.

“Pihak Balai Bomba dan Penyelamat Mentakab telah menggerakkan enam anggota dan pegawai ke lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, semalam, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa menggunakan bot aluminium dan dijalankan secara surface searching atau pencarian di kawasan permukaan air di lokasi kejadian dengan radius pencarian seluas 500 meter persegi.

Ismail berkata, operasi ditangguhkan pada pukul 5.15 petang semalam dan bersambung pagi ini.

Sementara itu, operasi SAR terhadap Mohd Firdaus Supiardi, 26, yang dilaporkan hilang selepas terjun ke Sungai Belat, Kuantan pada Sabtu lepas masih diteruskan dan telah meliputi jarak 20km dan kawasan sawit seluas 10 hektar. – SM

 

(Visited 290 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button