Auto Travel

Ekopelancongan jadi kelebihan Perlis

Ekopelancongan mampu memberikan banyak kelebihan untuk negeri Perlis.

Ia boleh membawa kepada perlindungan habitat semula jadi dan taman lestari.

Ia juga menggalakkan negeri dan masyarakat membina ekonomi mereka tanpa memusnahkan alam sekitar dan memastikan biodiversiti tempatan boleh berkembang maju serta pengunjung dapat menikmati kawasan yang dilindungi.

Pada masa yang sama peluang pekerjaan termasuklah dalam jurusan pengurusan acara dapat diwujudkan dan mengurangkan pengangguran serta meningkatkan nilai ekonomi negeri ini.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menyerahkan sumbangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berjumlah RM21,000 kepada seramai 30 orang asnaf terpilih masing-masing menerima RM700 setiap seorang dalam kalangan anak kariah Masjid As Syakirin, Oran untuk diagihkan oleh amilnya, Norshahidi Ismail baru-baru ini.

Mengiringi baginda ialah AMMK Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri yang juga ADUN Mata Ayer, Siti Berenee Yahya dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Program MAIPs bersama Yayasan Tuanku Syed Putra dan Yayasan Tuanku Fauziah tersebut disekalikan dengan peringatan ‘International Mountain Day’ yang disambut pada 11 Disember setiap tahun untuk mewujudkan kesedaran tentang kepentingan gunung kepada kehidupan, untuk menyerlahkan peluang dan kekangan dalam pembangunan gunung di samping untuk membina pakatan yang akan membawa perubahan positif kepada penduduk gunung dan persekitaran di seluruh dunia.

(Visited 157 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button