Acara

Raja Perlis terima sembah mengadap Duta Sweden

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Binti Almarhum Tengku Abdul Rashid berkenan menerima sembah mengadap Duta Besar Sweden ke Malaysia, TYT Dr. Joachim Bergstrom di Wad DiRaja Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar.

Berangkat sama adalah Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Turut hadir sama adalah Pegawai Politik Kedutaan Sweden, Lova Von Beckerath.

Dr. Bergstrom berada di Perlis adalah bersempena program ‘Jom Kita Bincang’ yang melibatkan kerjasama Universiti Malaysia Perlis (UniMAP, Perbadanan Perpustakaan Negeri Perlis dan Yayasam Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis bagi membincangkan isu kemampanan, bkesihatan dan sosial menerusi kesusasteraan kanak-kanak.

Ketika di Perlis beliau juga mengadakan pertemuan dengab Menteri Besar dan Mufti Negeri, menyertai Program Kayuhan MAIPs Peduli bersama Tuanku Pemangku Raja, mendengar taklimat peluang pelaburan daripada Pejabat Bahagia. Perancang Ekonomi Negeri, berbincang dengan IPT-IPT di Perlis untuk kerjasama strategik, menyampaikan syarahan umum di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), serta kunjungan ke Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button