Berita

Raja Perlis terima mengadap menteri dalam negeri

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan menerima kunjungan sembah mengadap oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di Kangar pada semalam.

Hadir sama ialah Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Haji Ruji Haji Ubi.

Dalam majlis tersebut Tuanku Syed Sirajuddin dipersembahkan taklimat tentang isu-isu semasa melibatkan hal ehwal dalam negeri.

Tuanku Raja turut bertukar-tukar pandangan dengan Saifuddin serta Ruji khususnya dalam perkara-perkara yang melibatkan pembangunan negeri dan juga kesejahteraan hidup rakyat Perlis.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button