Acara

Raja Perlis berangkat sempurnakan program ‘Pelita Jumaat’ sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan Baginda

PADANG BESAR 6 April – Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan berangkat menyempurnakan program ‘Pelita Jumaat’ sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan Baginda sebagai Raja Perlis yang diadakan di Masjid Al-Azim Titi Tinggi, Padang Besar.

Baginda menunaikan solat jumaat di masjid berkenaan. Anak-anak jemaah yang hadir terutama sekali kanak-kanak teruja dan tidak melepaskan peluang untuk mengadap dan beramah mesra dengan Baginda serta mempersembahkan ucap selamat.

Sempena sambutan Jubli Perak yang akan tiba pada 17 April 2025 ini, setiap lapisan masyarakat di negeri ini digalakkan untuk mengambil tanggungjawab bersama dalam memastikan kebersihan premis kawasan perumahan dan tempat kerja baik awam, swasta mahupun persendirian sentiasa terpelihara dengan sebaiknya.

Rakyat negeri ini juga tidak seharusnya terlalu bergantung penuh kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau agensi berkaitan, tetapi jadikanlah ini sebagai usaha kolektif demi kesejahteraan bersama.

Bendera-bendera “Kuning-Biru” Perlis dan Jalur Gemilang di seluruh pelusuk negeri ini yang telah lusuh atau tidak lagi berada dalam keadaan baik, amat disarankan untuk digantikan dengan yang baru dan dipasang dengan sempurna sebagai tanda penghormatan dan kecintaan terhadap negeri dan negara.

Begitu juga ‘streamers’, banners dan papan-papan tanda yang sudah tamat sah laku promosinya hendaklah diturunkan dalam kadar segera untuk sama-sama kita jaga imej negeri ini sesuai dengan slogan ‘Perlis Hebat! Rakyat Bermentaliti Kelas Pertama Dalam Segala Tindakan’.

FOTO


PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button