Acara

Raja Perlis berangkat sempurnakan Istiadat Perbarisan Pertukaran Panji-Panji Rejimen Batalion Pertama Dan Batalion Kedua Rejimen Renjer DiRaja

MATA AYER 16 Okt. – Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail merangkap Tuanku Kolonel Yang Dipertua Rejimen Renjer Diraja (RRD) berkenan berangkat menyempurnakan Istiadat Perbarisan Pertukaran Panji-Panji Rejimen Batalion Pertama Dan Batalion Kedua Rejimen Renjer DiRaja bertempat di 4 RRD, Kem Bukit Cowder, Mata Ayer, Perlis.

Keberangkatan tiba Baginda diiringi oleh Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Binti Almarhum Tengku Abdul Rashid.

Turut berangkat sama adalah Raja Muda Perlis, Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Mejar (K) Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Keberangkatan tiba Duli-Duli Tuanku disambut oleh Panglima Medan Barat Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Seri Muhammad Huzaimi Sabri, Pengerusi Rejimen Renjer Diraja (RRD), Mejar Jeneral Datuk Abdul Rahman A Wahab dan Panglima Divisyen Kedua Infantri Malaysia, Mejar Jeneral Hj. Fazal Hj. Abdul Rahman.

Istiadat Perbarisan Pertukaran Panji-Panji Rejimen 1 RRD (Istiadat) dan 2 RRD melibatkan Batalion Pertama (Istiadat) dan Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja terdiri daripada 31 orang pegawai dan 378 anggota lain-lain pangkat (LLP) yang diketuai oleh Pegawai Memerintah, Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja, Leftenan Kolonel Salrafeehasleizad Salih dan Pegawai Memerintah, Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja, Leftenan Kolonel Ahmad Faizal Abdul Latif.

Panji-Panji dianggap sebagai simbol semangat dan tradisi rejimen atau pasukan yang membawanya, penganugerahan atau pertukaran Panji-Panji Rejimen merupakan satu penghormatan dan pengiktirafan bersejarah kepada pasukan.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button