Raja Muda Perlis terima Honorary Fellow of the College of Physicians Malaysia
RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dipersembahkan penghormatan sebagai penerima pertama anugerah Honorary Fellow of the College of Physicians Malaysia.
Baginda berkenan menerima tauliah pengistyharan tersebut daripada Presiden College of Physicians Malaysia, Datuk Seri Profesor Dr Paras Doshi pada majlis “International Annual Scientific Congress 2022” di Manhattan Ballroom, Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.
Pengiktirafan Raja Muda Perlis yang juga merupakan Penaung DiRaja Persatuan Pakar Perubatan Dalaman Maju dan Akut serta Ultrasound Malaysia (MAAIMUSS) adalah atas komitmen yang jitu Baginda sejak beberapa tahun lalu.
Berikutan itu Perubatan Dalaman Maju dan Akut di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar, Perlis kini telah berkembang dengan jayanya ke beberapa buah hospital lain di dalam negara ini.
Antara tetamu kehormat yang turut hadir mengiringi Baginda ke majlis penuh bersejarah yang dihadiri oleh seramai 750 peserta kongres selama tiga hari dari dalam dan juga luar negara tersebut ialah Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Harjeet Singh Hardev Singh dan Master of the Academy of Medicine, Professor Dr Rosmawati Mohd. – SM