Negeri

Raja Muda Perlis seru rakyat Perlis perangi Covid-19

Ayuh semua rakyat Perlis Perangi Zon Merah, Kembali Ke Zon Hijau’ – ‘Combat The Red Zone and Let’s Return To Green Zone’!

Di tempat kerja, majikan perlu memainkan peranan proaktif dengan memantau setiap anggota kerja masing-masing terutamanya yang tinggal dan berulang dari kawasan berisiko.

Selain itu, pematuhan SOP dan norma baharu di tempat kerja hendaklah dilakukan sepanjang waktu bekerja. Rakyat Perlis perlu mengambil iktibar daripada kejadian kluster COVID-19 di tempat kerja di negeri-negeri lain.

Pada masa yang sama, jika mengetahui ada kemasukan individu dari luar Perlis terutamanya dari kawasan atau zon merah, maklumkanlah segera kepada pihak berkuasa.

Demikian titah Raja Muda Perlis, Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Tuanku Komander Rejimen 504 Askar Wataniah yang menitahkan ucapan Selamat Menyambut Hari Ulangtahun kepada 2 Divisyen Tentera Darat Malaysia (TDM) ke 52 yang disambut semalam.

Rejimen 504 Askar Wataniah di Kem Bukit Keteri, Perlis berada di bawah Markas Briged Ke 6 Infantri yang bernaung di bawah 2 Divisyen TDM yang berpengkalan di Pulau Pinang.

Tambah baginda lagi, sesungguhnya Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan kembali di negeri ini sejak 22 Januari sehingga 4 Februari 2021 mengakibatkan ramai rakyat yang terkesan terutamanya golongan yang kurang mampu.

Oleh itu, rakyat Perlis hendaklah bersama-sama sentiasa ‘Patuh SOP’ dan mencegah penularan COVID-19 melalui Norma Baharu yang ditetapkan bagi mengelakkan penularan jangkitan.

Pada kesempatan yang sama, menyentuh mengenai Op Penawar yang baru diimplimentasikan kembali di negeri ini, Tuanku Syed Faizuddin Putra
menitah maklumkan bahawa sehingga semalam 2 orang Pegawai dan 15 anggota lain-lain pangkat dari kalangan anggota sukarela rejimen berkenaan sudahpun diaturgerak bagi terlibat sama di bawah perintah Markas 30 Briged Infantri TDM untuk membantu pihak berkuasa awam di sekatan-sekatan jalanraya negeri ini.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button