NasionalNegeri

Raja Muda berkenan hadir Malam Bahasa Jiwa Bangsa – Perlis Kota Puisi Islam

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyaksikan majlis Malam Bahasa Jiwa Bangsa – Perlis Kota Puisi Islam
di Anjung Siswa, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis di Arau, malam tadi.

Program anjuran UiTM Cawangan Perlis dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) juga mendapat kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Jabatan Mufti Negeri Perlis dan Persatuan Penulis Perlis (3P).

Keberangkatan tiba Tuanku Syed Faizuddin disambut oleh Rektor UiTM Cawangan Perlis, Prof Madya Ts Dr Shukor Sanim Mohd Fauzi serta para pegawai kanan universiti berkenaan dan juga DBP.

Selain Deklamasi Puisi, turut diadakan Persembahan Kebudayaan oleh Kumpulan Pancaseri, Lagu Puisi oleh PEKOLA dan juga Persembahan Bicara Berirama oleh para mahasiswa universiti tersebut.

Deklamasi Puisi VIP pula dibacakan di hadapan Raja Muda oleh Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Prof Datuk Seri Dr. Awang Sariyan, Sasterawan Negara, Datuk Rahman Shaari, Mufti Perlis, Prof. Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Mantan Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi), Datuk Ts. Kamel Mohamad dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Wakil DBP yang hadir termasuk bekas Ketua Pengarah, Datuk Abang Sallehuddin Abg Shokeran, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Md Johari Hasan dan Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa Dan Sastera, Mohd Salahuddin Datuk Paduka Mohamed. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button