Berita

Raja Bomoh pula turun padang kes Tanah Jerlus di Masjid India

RAJA bomoh kini muncul muncul di lokasi kejadian Masjid India bagi membantu kes Tanah Jerlus di Masjid India berkaitan individu warga India.

Menurut laporan Harian Metro, Raja Bomoh atau nama sebenar Ibrahim Mat Zin,  kehadirannya itu ke lokasi kejadian untuk membantu mangsa yang sehingga kini masih belum ditemui.

 

‘’Saya datang ke sini sebab saya lihat mereka (pasukan penyelamat) sudah berhari-hari menjalankan usaha pencarian, namun masih belum menemui mangsa.

 

Justeru, saya mahu membantu pencarian mangsa menggunakan kaedah tertentu sekiranya dibenarkan pihak berkuasa.

Terdahulu, Ibrahim dilihat merenjis air ‘istimewa’ di sekitar lokasi kejadian.

 

Di samping itu, pengamal media turut melaporkan empat individu telah membawa bunga kekwa berwarna kuning dan berada di lokasi itu juga.

Mereka dilihat hadir di lokasi jam 1.10 tengah hari sebelum melakukan upacara keagamaan hampir 10 minit dipercayai sebagai alternatif mencari mangsa yang masih belum ditemui.

 

Operasi mencari dan menyelamat (Op SAR) wanita itu yang memasuki hari keenam, hari ini, masih belum menemui sebarang petunjuk baharu.

 

Op SAR yang dijalankan sejak Jumaat lalu itu membabitkan beberapa agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Indah Water Konsortium (IWK).

Artikle Berkaitan :>

Selepas Masjid India, Kampung Kerinchi pula berlubang gergasi

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button