Nasional

Bekukan kenaikan harga barang dapur, nelayan dikecuali PKP – Rais

“BEKUKAN kenaikan harga barang dapur sementara bekalan mencukupi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April depan.

“Nelayan dan petani mesti ada pengecualian PKP kerana mereka kena ke laut menangkap ikan dan mengeluarkan sayuran serta bahan makanan.”

Cadangan bekukan kenaikan harha itu disuarakan bekas menteri Tan Sri Dr Rais Yatim yang menyifatkan ia suatu langkah penting yang perlu disegerakan oleh kerajaan.

“Ketegasan menguatkuasakan undang-undang pengumpulan barang makanan (food hoarding) dan menyorok keperluan dapur mesti diambil tindakan tegas semerta,” kata Dr Rais kepada Suara Merdeka hari ini.

Rais yang juga Pengerusi Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Sembilan turut mengalu-alukan pakej rangsangan ekonomi diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam yang menurut beliau, cukup berimpak tinggi.

“Beban rakyat dalam tempoh musibah COVID-19 lantas meringan. Rangsangan ini akan membantu secara total rakyat di semua lapisan.

“Cuma kerajaan kena huraikan bagaimana dan menerusi jabatan mana harus dibuat permohonan.

“Apa Borang yang harus diisi, kelulusan wajib sesegera mungkin, bantuan jangan berasaskan sentimen politik…mesti bersifat menyeluruh secara rentas rakyat,” kata beliau.

Pada masa sama, tokoh budaya itu berharap semua pengamal media swasta dan kerajaan seperti RTM dan Bernama diberi penekanan tentang kaedah dan pendekatan yang wajib dilaksana rakyat sepanjang wabak COVID-19 ini dibendung penularannya.

Rais turut menyatakan penghargaan kepada pasukan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bekerja keras semasa tempoh PKP.

“Sekalung bunga buat SKMM dan PDRM yang terus tegas membanteras penyalahgunaan talian internet ( Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi), maki hamun netizen, pemimpin dan lain-lain pihak yang perlu dihentikan.

“Kini rakyat terasa dibela. Tahniah. Bila berjaya sepenuhnya ditambah sepenuhnya, ditambah sorak-sorai kegembiraan dan syukur,” kata Rais lagi. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button