Acara

Rafizi mengadap Raja Perlis

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan menerima mengadap Menteri Ekonomi Malaysia, Rafizi Ramli di Kangar pada petang tadi.

Berangkat sama ialah Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Binti Almarhum Tengku Abdul Rashid dan Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Menteri Ekonomi dalam rangka lawatan kerja sehari suntuk ke Perlis bagi meninjau sendiri status terkini beberapa projek Kerajaan Persekutuan di negeri ini.

Rafizi mempersembahkan taklimat dan seterusnya bertukar pandangan dengan Tuanku Raja mengenai inisiatif-inisiatif serta peruntukan Kerajaan Persekutuan terkini yang diharap dapat meningkatkan taraf sosio ekonomi rakyat Perlis.

Negeri Perlis menawarkan peluang pelaburan yang merangkumi pelbagai sektor antaranya pertanian, pembuatan, sektor tenaga yang boleh diperbaharui seperti solar,l ogistik dan pelancongan membabitkan perkhidmatan serta sukan rekreasi.

(Foto Istana Arau)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button