Hiburan

Puteri Sarah positif Covid-19

DALAM hantaran di Facebook, Pelakon, Puteri Sarah Liyana mengesahkan dia positif COVID-19 selepas menjalani ujian calitan ketiga, semalam.

Puteri Sarah berkata, dia tak sangka dirinya positif pandemik itu berikutan tidak mengalami simptom sepanjang menjalani tempoh kuarantin kendiri.

“Sebaik-baik kita menjaga prosedur operasi standard (SOP) dan tidak bercampur dengan orang, akhirnya kecundang juga.

“Bermula penggambaran, ada dua kontak rapat positif COVID-19, tetapi saya adalah taip C dan orang yang dijangkiti tidak dekat dengan saya. Namun, Allah mungkin nak cuci dosa-dosa, saya terkena juga.

“Sebelum ini, saya sudah dua kali menjalani ujian calitan dan keputusannya negatif disebabkan akan menjalani penggambaran drama. Sedihnya, saya disahkan positif apabila melakukan ujian calitan ketiga, semalam. Ini kerana saya tiada deria rasa apabila makan, cirit birit dan selsema, sejak hari raya kedua.

Related Articles

“Saya mula hilang deria bau sejak semalam, malah makan pun tak rasa apa-apa. Jadi, saya ambil keputusan pergi melakukan ujian calitan sekali lagi,” katanya seperti yang dipetik dari BH Online.

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button