Luar Negarapilihan

Putera Mohamed Salman mahu percepatkan tanda akhir zaman menerusi projek NEOM

Seperti bertepatan dengan hadis Nabi Muhammad, Arab Saudi kini semakin jelas membuktikan kebenaran tanda-tanda akhir zaman yang selama ini ditolak oleh segelintir manusia yang tidak percaya akan kiamat.

Menurut laporan Daily Mail, Arab Saudi kini bukan sahaja mahu bertukar status menjadi negara paling popular malah dirancang untuk memiliki satu mercu tanda mengalahkan binaan sedia ada di seluruh dunia.

Sehubungan itu, tidak hairanlah kerajaan Arab Saudi di bawah pimpinan putera mahkotanya, Putera Mohamed Salman akan memiliki sebuah bangunan pencakar langit yang diperbuat dengan cermin kaca.

Bagi Putera Mohamed Salman, bangunan pencakar langit setinggi 487.6 meter itu akan menjadi sebahagian daripada projek pembangunan padang pasir yang dikenali sebagai NEOM.

Tidak tahu mahu dikatakan menarik atau menakutkan kerana ia sebuah projek yang mengesahkan petanda akhir zaman, pembinaan bangunan pencakar langit itu sahaja menelan kos sehingga AS$1 trilion (RM4.45 trilion).

Paling gila, keluasan NEOM ini akan mencakupi keluasan sehingga 120 kilometer (KM) yang juga boleh diibaratkan sebagai kemunculan futuristik sepanjang padang pasir di negara tersebut.

Laporan Wall Street Journal mendedahkan, jika projek itu siap sepenuhnya, bangunan pencakar langit tersebut akan merentasi dari Teluk Aqaba melalui banjaran gunung dan pantai sehingga ke ‘aerotropolis’ padang pasir.

Mengambil kira faktor jarak tersebut, kerajaan Arab Saudi turut memperkenalkan Mirror Line dan sepanjang laluan itu, orang ramai masih boleh melihat landskap pantai serta gunung-ganang.

Bangunan tersebut terlalu panjang sehingga ia didirikan di atas struktur keras untuk mengambil kira kelengkungan bumi dan juga mempunyai laluan kereta api berkelajuan tinggi di bawahnya.

Renderings depicted in planning documents for The Line show a structure that runs from the Gulf of Aqaba and bisects a mountain range that moves alongside the coast.

Dalam masa sama, ia dijangka mampu memuatkan sehingga lima juta orang selepas disiapkan selain turut menempatkan pangkalan kapal persiaran di bawah gerbang bangunan.

Meskipun pasukan jurutera menyatakan bahawa projek tersebut mungkin mengambil masa selama 50 tahun untuk dibina, Putera Mohammed Salman berharap NEOM dapat disiapkan pada 2030.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button