Sukan

Pulau Pinang FC pastikan tiga mata penuh

PULAU Pinang FC memanfaatkan kelebihan bermain di gelanggang sendiri apabila memastikan mengutip tiga mata penuh pada perlawanan pertama dengan menewaskan Kuala Lumpur City 1-0.

Gol tunggal itu dijaringkan oleh Endrick Dos Santos pada masa kecederaan separuh masa pertama.

Walaupun pelawat mengasak bertali arus selepas itu namun penjaga gol Pulau Pinang, Samuel Jacob Somerville bertindak cemerlang memastikan gawangnya tidak bolos.

Jaringan itu kekal hingga ke akhir perlawanan dan memastikan tuan rumah dapat tiga mata penuh.

 

Related Articles

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button