Rencah Hidup

Pulang ke rumah untuk buat kejutan, lelaki ini meraung lihat ayah sudah meninggal

Hasrat seorang lelaki yang mahu membuat kejutan untuk bapanya sempena Hari Bapa bertukar menjadi satu peristiwa yang menyedihkan buat dirinya. Menurut sumber, lelaki berkenaan sudah beberapa lama tidak pulang ke rumah kerana kekangan kerja. Namun, apabila tiba di rumah, dia mendapati bapanya sudah pergi buat selama-lamanya.

Dalam satu rakaman video menunjukkan lelaki itu turut membawa hadiah dan belon semata-mata untuk meraikan Hari Bapa bersama-sama. Beberapa individu dipercayai ibu dan adik-beradik lelaki itu cuba untuk memujuknya supaya bersabar menerima dugaan takdir.

Video itu kemudiannya dimuat naik ke Facebook dan mendapat lebih daripada 13 juta tontonan. Rata-rata netizen yang turut sebak mendoakan agar lelaki itu dan keluarganya dapat menerima takdir seadanya dan dapat meneruskan kehidupan seperti sediakala.

https://www.facebook.com/majxxx.e/videos/566938360497785/?t=65

 

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.
Back to top button