Politik

Otai Reformis beri amaran kepada Mahathir

Otai Reformis memberi amaran kepada Tun Dr. Mahathir supaya tidak berdola-dalik berhubung peralihan kuasa kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Jika peralihan ini tidak berlaku, Otai Reformis akan pastikan ianya berlaku, tiada kompromi,” kata Timbalan Presiden PKR, Syed Husin Ali .

“Apa yang saya lihat, beliau tidak menjiwai perjuangan reformasi malah rakyat juga tidak mahukan beliau kerana perubahan yang didakwa oleh tidak dilaksanakan olehnya seperti yang di janjikan. Adalah lebih baik berundur.

“Sebelum beliau mendapat kuasa, sikapnya lain. Selepas berkuasa, beliau kembali kepada ‘perangai’ lamanya. Beliau tidak dapat jalankan tanggungjawab seperti kehendak rakyat.

“Jangan lupa juga, reformasi 98 ini wujud kerana Tun Mahathir menolak perjuangan kita pada masa itu.

“Anwar ini jenis lembut hati dan cepat sangat memaafkan, jika beliau masih berterusan begini, pastinya karier politik beliau akan dibunuh kelak,” katanya.

Kata beliau lagi, sememangnya Majlis Mesyuarat Presiden Pakatan Harapan (PH) akan bersetuju dengan proses peralihan tanpa ada sebarang bantahan kerana itu adalah janji untuk mengangkat Presiden PKR, Anwar sebagai Perdana Menteri yang kelapan menggantikan Mahathir.

“Tidak ada masalah, pastinya Majlis Presiden PH akan bersetuju. Kerana itulah janjinya. Dua tahun sebelum serah kuasa kepada Anwar.

“Tun sendiri pernah meminta Anwar supaya tidak terburu-buru setelah diberi pengampunan malah Anwar sendiri telah memberitahu beliau hendak berehat selain ke luar negara melawat sahabat-sahabatnya terlebih dahulu.

“Tun sendiri bersetuju dengan cadangan Anwar ketika itu. Tidak ada soal Anwar terburu-buru merampasa kuasa dan sebagainya,” tegas beliau.

Kata pemimpin veteran PKR itu, adalah lebih baik untuk Mahathir berundur secara mulia daripada mengelakkan perkara lampau berulang.

“Janganlah dolak dalik, lakukan proses peralihan kuasa ini dengan baik, berhemah dan mulia setidak-tidaknya sebelum 9 Mei tahun depan.

“Janganlah apa yang berlaku masa Tun M masih dalam UMNO itu berulang lagi, bagaimana beliau dihalau dari UMNO satu ketika dahulu, jangan sehingga itu berulang.

“Ikut perjanjian, kata dua tahun. Buatlah seperti yang dijanjikan, ingat apa yang pernah berlaku sebelum ini, kita tidak mahu halau seperti UMNO dulu,” katanya.

Mahathir  digesa menghormati perjanjian peralihan kuasa selama dua tahun yang dijangka berakhir pada Mei tahun depan.

(Visited 85 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button