Ekonomi

Public Bank sediakan bantuan pendigitalan kepada perusahaan perniagaan

PERUSAHAAN perniagaan kini boleh menggunakan pelbagai penyelesaian perniagaan digital melalui program PB enterprise Digital SME Assist Public Bank.

Program ini adalah sebahagian daripada kerjasama dengan beberapa syarikat teknologi untuk menawarkan platform yang lestari untuk perusahaan perniagaan mengembangkan keupayaan digital mereka seiring dengan pengembangan perniagaan mereka.

Dilancarkan pada pertengahan April tahun ini, banyak PKS dan pelanggan Korporat yang telah memperoleh manfaat daripada program ini dengan peningkatan dalam pertumbuhan perniagaan dan transformasi digital.

Pandemik COVID-19 dan kesan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah menekankan pentingnya pendigitalan dan keperluan untuk berubah kepada persekitaran yang membenarkan penggunaan digital bagi penerusan perniagaan.

Public Bank mengakui hal ini dan bahawa perniagaan, terutamanya PKS, memerlukan bantuan untuk berubah dan mendigitalkan operasi perniagaan mereka dengan cara yang paling cekap dalam usaha untuk berkembang dalam norma baharu.

Related Articles

Public Bank telah mengenal pasti bidang-bidang penting perniagaan dalam persekitaran semasa dan  ekerjasama dengan penyedia penyelesaian dalam bidang perakaunan, sumber manusia, e-dagang, tenaga kerja, pengurusan harta tanah, pemasaran digital, mudah alih dan rangkaian yang perlu untuk membantu pelanggan PKS yang berkaitan.

Penyelesaian penting ini disediakan melalui beberapa syarikat teknologi yang Bank telah mengadakan kerjasama demi kepentingan pelanggan perniagaan berkenaan.

Syarikat teknologi ini termasuk Biztory, penyedia sistem cloud accounting (amalan penggunaan sistem perakaunan yang diakses melalui internet); Kakitangan.com, suatu sistem sumber manusia secara dalam talian; EasyStore, suatu penyelesaian e-dagang semua-dalam-satu yang membolehkan PKS untuk menjual melalui kedai dalam talian seperti Shopee, Lazada, Google Shopping dan saluran jualan lain dengan mudah melalui platform berpusat dan TimeTec, penyedia penyelesaian tenaga kerja dan pengurusan harta tanah berasaskan aplikasi; Exabytes, suatu platform pemasaran digital yang menguruskan laman web untuk perniagaan dalam talian dan Digi, salah sebuah syarikat telco terkemuka di Malaysia yang menawarkan perniagaan pelan mudah alih dan penyelesaian perniagaan melalui telefon secara maya untuk memenuhi semua keperluan perniagaan.

Selain memberi manfaat kepada pelanggan perniagaan, kerjasama dengan syarikat-syarikat teknologi ini juga akan menggalakkan syarikat-syarikat tempatan yang mempunyai produk yang berdaya tahan ini untuk berkembang secara eksponen.

Ini juga merupakan salah satu cara Public Bank menyokong permulaan tempatan dan ekosistem keusahawanan di Malaysia.

Perniagaan boleh mengharapkan jalinan perkongsian yang lebih banyak dan penambahbaikan terus dibuat demi keseimbangan persekitaran perniagaan seiring dengan norma baharu.

Untuk butir-butir dan pertanyaan lanjut, pelanggan boleh mengunjungi mana-mana cawangan Public Bank,  Melayari laman web Public Bank melalui https:///www.pbebank.com/ atau e-mel ke [email protected].

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button