PolitikRencah Hidup

PRU15: Rezeki lelaki bujang dapat rumah baharu

REZEKI menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bagi seorang lelaki bujang apabila bakal berpeluang tinggal di dalam sebuah rumah yang selesa tidak lama lagi.

Sekalipun tidak pernah merungut dengan kehidupannya namun kisah Zulkifli Ahmad, 47, akhirnya sampai juga ke pengetahuan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tambun Tulang, Datuk Ismail Kassim.

Beginilah keadaan rumah yang diduduki Zulkifli di Kampung Bakong, Tambun Tulang, Arau yang ranap akibat angin kencang, baru-baru ini.

“Saya segera datang ke sini dan tidak menyangka ada kes seperti ini di kawasan saya yang dianggap sebagai sangat terpencil,” katanya ketika melawat Zulkifli di Kampung Bakong, Tambun Tulang, Arau dekat sini ,petang semalam.

Ismail menjelaskan, isu ini tiada kaitan dengan PRU15 sebaliknya sesiapa sahaja akan dibantu sekalipun pada bila-bila masa jika sampai ke pengetahuannya.

Berikutan itu, apabila melihatkan keadaan rumah yang diduduki hampir ranap, Ismail teurs mengarahkan supaya pembinaan rumah baharu disegerakan.

“Kita bina rumah dahulu supaya Zulkifli dapat berlindung kerana sekarang ini musim hujan,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini Zulkifli gagal mendapat bantuan pembinaan rumah disebabkan tanah yang diduduki bukan hak milik keluarga.

Ismail berkata, urusan pembinaan rumah ini akan dilakukan oleh Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Bakong, Hamzah Hussin.

Zulkifli tinggal di sebuah pondok kecil bersebelahan rumah peninggalan milik kedua ibu bapanya yang rosak akibat dipukul angin kencang. Pondok ini tempat berteduh buat sementara waktu.

Beliau berkata, pembinaan rumah itu dijangka akan siap dalam tempoh dua minggu.

Zulkifli memberitahu, selama ini dia tinggal seorang diri di rumah peninggalan milik ibu bapanya.

Beliau amat bersyukur apabila dijanjikan dengan sebuah rumah baharu nanti.

Ismail berbincang dan berkata sesuatu mengenai keadaan rumah Zulkifli di Kampung Bakong, Tambun Tulang, Arau.

Zulkifli yang bekerja kampung setakat ini berteduh di sebuah rumah kecil apabila rumah peninggalan kedua orang tuanya itu ranap akibat angin kuat yang melanda, baru-baru ini.

Beliau juga mendapat bantuan bulanan daripada Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) untuk kelangsungan hidup. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button