Nasionalpilihan

Proses penghasilan batik Malaysia yang ramai generasi muda tidak tahu!

Batik Malaysia dikenali sebagai salah satu bidang kraftangan tradisional yang terkenal di Malaysia. Ia adalah teknik percetakan yang dikenali sebagai ‘mencanting’ batik.

Ia dilakukan dengan menerap lilin cair dan mencelupnya dengan warna. Mengikut sejarah, batik mula diperkenalkan di Kelantan sejak tahun 1910.

Malah ianya lebih awal daripada itu.

Kira-kira pada tahun 1770-an, sejenis batik yang dikenali sebagai Batik Pelangi telah diperkenalkan.

Sehingga kini, perusahaan pakaian batik Malaysia banyak bertumpu di negeri-negeri di Pantai Timur, iaitu Kelantan dan Terengganu.

Hasil pembuatan batik di Malaysia amat dikenali di peringkat antarabangsa. Rekaannya yang bermutu tinggi dan coraknya yang unik menambat hati peminat pakaian tradisional.

Seni batik bukan sahaja digemari rakyat Malaysia, bahkan pelancong juga meminatinya.

Maksud Batik

Perkataan batik berasal daripada 2 perkataan Jawa; amba dan nitik.

‘Amba’ merujuk sebagai tulis, manakala ‘nitik’ pula bermaksud membuat titik.

Batik secara khususnya membawa erti kain yang dilukis dengan corak yang menarik dan terang.

Dikatakan batik telah wujud sejak lebih 1,000 tahun dahulu. Berkemungkinan berasal dari Mesir Kuno.

Di alam Melayu, batik disebut di dalam sejarah pada abad ke-17.

Ia melibatkan kisah tentang Sultan Mahmud yang mengarahkan Laksamana Hang Nadi untuk mencari 140 kain serasah (batik) dengan 40 jenis bunga yang berbeza.

Hang Nadim belayar ke India untuk mendapatkan kain batik itu namun tidak menemuinya.

Beliau kemudian membuat corak batik sendiri. Namun dalam perjalanan pulang, kapal yang dinaiki Hang Nadim karam dan hanya sempat menyelamatkan empat helai kain sahaja.

Proses Penghasilan

Batik Malaysia dihasilkan dengan beberapa kaedah, proses dan motif tertentu.

Kebiasaannya, proses membuat batik menggunakan alatan seperti kain, blok penerap, campuran lilin, pencelup dan meja.

Penghasilan batik lebih mudah dan sesuai dengan menggunakan kain kapas.

Kaedah menghasilkannya adalah seperti berikut:

  • Terap dengan lilin pertama
  • Kain akan dicelup dengan warna yang sedikit gelap
  • Kemudian akan melalui proses terap untuk kali kedua dan dicelup dengan warna yang gelap lagi
  • Proses ini dilakukan sebanyak beberapa kali sebelum kain direbus di dalam air yang mengandungi soda
  • Ketika proses rebusan, beberapa warna berlainan akan kelihatan
  • Kain tersebut akan dijemur sehingga kering.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button