NasionalNegeriPendidikan

Projek Penandaan Opsyen Mata Pelajaran Guru di SRJKC tampakkan kejayaan

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berpuashati apabila projek Penandaan Opsyen Mata Pelajaran Guru di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan China (SRJKC) telah menampakkan kejayaan.

Timbalan Menterinya, Lim Hui Ying berkata, sebelum ini berlaku kelebihan 2,300 guru di SRJKC telah berjaya dikurang kepada 500 orang.

Pada pemenang pertandingan syarahan dari tempat pertama sehingga ke lima sempena Pertandingan Syarahan dan Bercerita SJKC dan SJKT Piala Perpaduan Perdana Menteri Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 di Hotel Brasmana Kuala Perlis. – Gambar Ihsan Jabatan Penerangan Perlis.

“Data tulen ini penting sebagai usaha menambah baik unjuran pengambilan guru pelatih bagi tahun depan,” katanya kepada sidang media.

Sebelum itu Hui Ying melakukan penutupan Pertandingan Syarahan dan Bercerita SJKC dan SJKT Piala Perpaduan Perdana Menteri Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 di Hotel Brasmana Kuala Perlis.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah dan Kemenjadian Murid Bahagian Sukan Kokurikulum & Kesenian KPM, Ezaiddin Hussain dan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perlis, Naharudeen Othman.

Hui Ying berkata, daripada projek penandaan (tagging) ini maka pihaknya telah mendapati ada guru yang mengambil opsyen bahasa Cina tetapi tidak mengajar mata pelajaran ini.

Sebaliknya kata Hui Ying, guru ini mengajar mata pelajaran lain pula seperti matematik dan umpamanya.

Pada pemenang pertandingan bercerita dari tempat pertama sehingga ke lima sempena Pertandingan Syarahan dan Bercerita SJKC dan SJKT Piala Perpaduan Perdana Menteri Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 di Hotel Brasmana Kuala Perlis. – Gambar Ihsan Jabatan Penerangan Perlis

Bagaimanapun katanya selepas projek penandaan (tagging) bersama guru, Guru Besar, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN ) maka isu kelebihan dan kekurangan guru telah diselesaikan.

Setakat ini katanya, sebanyak 6 negeri telah selesai dengan projek “tagging” iaitu Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kedah serta Perlis.

Sementara itu juara bagi Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu disandang oleh S. Thaaraniii dari SRJKT Kamunting, Perak.

Murid SRJKC Khoon Aik, Kangar mempersembahkan tarian Canggung Perlis sempena Pertandingan Syarahan dan Bercerita SJKC dan SJKT Piala Perpaduan Perdana Menteri Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 di Hotel Brasmana Kuala Perlis. – Gambar Ihsan Jabatan Penerangan Perlis

Juara Pertandingan Syarahan Bahasa Melayu pula oleh Ray Ong Kaa Ruii dari SRJKC Batu 11, Cheras, Selangor.

Johan keseluruhan Pertandingan Syarahan Bahasa Melayu mengikut negeri disandang oleh Wilayah Persekutuan. – SM

BACA Mahasiswa matang, imbangi pelajaran dan emosi – Raja Muda Perlis

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button