Nasional

Projek pembangunan jangan abaikan ekosistem – Anwar

PERDANA Menteri mengingatkan supaya setiap projek pembangunan yang dirancang  untuk rakyat, tidak boleh kesampingkan kedudukan alam dan ekosistem.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini termasuk projek kereta kabel Bukit Bendera

“Saya memulakan Majlis Pecah Tanah Projek Kereta Kabel Bukit Bendera di Taman Botani dengan memetik novelis ulung Amerika Syarikat Mark Twain, “whilst it is modern and impressive, it is culturally barren”.

“Peringatan ini penting tatkala kita ghairah mempacul serta menjelmakan pembangunan untuk rakyat, usah kita kesampingkan kedudukan alam dan ekosistem.

“Sebagai anak jati Pulau Pinang, Bukit Bendera tidak asing tatkala saya telah dan pernah mendakinya seawal usia 10 tahun.

“Justeru, projek kereta kabel Bukit Bendera ini adalah kesinambungan baharu dalam aspek pembangunan mampan lantas selari dengan Visi Penang 2030 yang turut akan mewujudkan peluang-peluang ekonomi yang baharu untuk masyarakat setempat, selain memperteguh usaha memelihara dan memulihara alam sekitar dan ekosistem serta jangan gersang budaya.

“Saya turut himbau pengalaman lalu ada kalanya kurang tumpuan dari Kerajaan Persekutuan terhadap Pulau Pinang, justeru hari ini Pulau Pinang terus diberikan perhatian terutama dalam aspek prasarana asas yang terus diberi perhatian selain perumahan rakyat dan usaha menoktahkan kemiskinan,” katanya.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button