Rencah Hidup

Produk Sarang Burung Walit Asli topik menarik di Radio Klasik FM tengah hari esok

SAMBIL memasak di dapur, tentunya para suri rumah mendengar radio dan pada jam 12.30 tengah hari esok, jangan lupa dengar Radio Klasik FM kerana Pengasas Sarang Burung Walit Asli, Puan Azie akan ditemuramah tentang produk yang mempunyai 1001 khasiat.

Produk Sarang Burung Walit Asli yang dihasilkan oleh syarikat milik beliau, SW Gitu Gitu Sdn. Bhd., dihasilkan dalam bentuk minuman tanpa sebarang bahan pengawet.

Produk minuman Sarang Burung Walit Asli, menurut Puan Azie, tidak pernah berkompromi dalam keasliannya.

“Itulah keutamaan kami dan esok, menerusi siaran secara langsung di Radio Klasik pada pukul 12.30 tengah hari, banyak informasi yang akan saya kongsikan,” katanya ringkas.

Pendengar yang mengikuti temuramah secara langsung esok, akan menerima hadiah menarik yang disediakan.  – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button