Politik

PRN Johor: Arthur Chiong calon PH DUN Bukit Batu positif Covid-19

BERHATI-HATILAH kepada semua pihak termasuk media yang membuat liputan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kerana calon Pakatan Harapan (PH), Arthur Chiong Sen Sern disahkan positif Covid-19.

Arthur yang bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Batu melakukan Ujian Pantas Antigen (RTK) dan keputusannya, positif.

Seperti arahan Kementerian Kesihatan (KKM), Arthur perlu menjalani kuarantin kendiri dan beliau sendiri memaklumkan akan mengikut protokol kesihatan yang telah digariskan oleh KKM.

Sesiapa yang ada bertemu dengan Arthur secara fizikal dalam beberapa hari lepas terutamanya pada hari penamaan calon pada 26 Februari, baru-baru ini (baru dua hari lepas) agar membuat ujian RTK bagi mengesan dan pengesahan Covid-19.

“Saya memohon maaf kerana terpaksa membatalkan segala perancangan program yang telah diatur,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, sudah menjadi satu amalan bagi dirinya melakukan ujian kendiri harian sebelum memulakan program demi keselamatan semua pihak.

Namun begitu, kata Arthur, walaupun beliau menjalani kuarantin kendiri, pasukan kempennya akan meneruskan semua aktiviti yang telah dirancang untuk penduduk di kawasan DUN Bukit Batu di bawah Parlimen Kulai.

“Saya akan meneruskan aktiviti kempen secara maya iaitu dalam talian dan digital termasuk menerusi aplikasi WhatsApp, Facebook dan platform atau saluran media sosial yang lain,” ujarnya.

PRN Johor pada 12 Mac nanti, DUN Bukit Batu menyaksikan pertandingan empat penjuru di antara Arthur Chiong, Lee Ming Wen (Parti Warisan), Tan Heng Choon (Perikatan Nasional/PN) dan Suppayah Solaimuthu (Barisan Nasional/BN). – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button