Politik

PRK Nenggiri: PN tawar ‘KHIDMAT’ untuk pengundi

Perikatan Nasional (PN) malam tadi melancarkan ‘KHIDMAT’, menggariskan tujuh teras utama dengan 46 tawaran sekiranya menang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.
Memetik BERNAMA, teras utama berkenaan ialah khidmat masyarakat; hak rakyat, integriti dan amanah; daya ekonomi dan infrastruktur; masyarakat berilmu, bernilai murni dan sejahtera; anak muda berpendidikan dan berkemahiran; serta transformasi digital luar bandar.
Ia dilancarkan pada majlis ‘Tawaran PN PRK N.43 Nenggiri’ yang dihadiri calon Pas mewakili PN, Mohd Rizwadi Ismail; Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud; Pengarah Operasi PRK Nenggiri bagi PN, Tan Sri Annuar Musa dan Naib Presiden Bersatu, Datuk Mohd Radzi Md Jidin, di Gua Musang, malam tadi.
Pada PRK itu Mohd Rizwadi Ismail berhadapan calon Barisan Nasional (BN) Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani yang bertanding mewakili Kerajaan Perpaduan.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi pada 17 Ogos, manakala pengundian awal pada 13 Ogos tidak akan diadakan selepas kesemua 14 pengundi terlibat memilih mengundi secara pos susulan keperluan bertugas sepanjang tempoh kempen.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button