PolitikPRK

PRK Kuala Kubu Baharu 11 Mei

PILIHAN Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu akan diadakan pada 11 Mei ini dengan penamaan calon dijadualkan pada 27 April.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, undi awal pula akan diadakan pada 7 Mei nanti.

Pilihan raya itu diadakan susulan kematian Adun DAP daripada Pakatan Harapan (PH) Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lalu selepas beberapa tahun bertarung dengan kanser.

Pada PRN Ogos tahun lalu, Lee menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) daripada Gerakan, Henry Teoh dengan majoriti 4,119 undi. – SM

BACA Pengkhianat berdepan tindakan, Bersatu sedia hadapi PRK

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button