
DUA pemimpin tertinggi parti politik iaitu MCA dan PAS hadir menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pagi tadi.
Ketibaan pertama ada pukul 11.30 pagi tadi ialah Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man kira-kira pukul 10.20 pagi sebelum pulang pada pukul 11.30 pagi.
Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong pula hadir kira-kira pukul 11.55 pagi tadi.
Sementara itu, dua lagi parti dijangkakan akan hadir untuk mengadap YDPA pada sebelah petang iaitu Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Tun Dr Mahathir Mohamad
Manakala Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal juga dijadualkan hadir pada petang ini.
Semalam, empat pemimpin politik menghadap YDPA iaitu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, diikuti Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu. -SM